Thursday, October 4, 2012

Pengenalan Sudut PPDa SK Batu Muda





Selamat Datang ke Sudut PPDa SK Batu Muda...SKBM mengorak langkah dalam usaha membanteras gejala dadah yang semakin hari semakin menular...Seluruh warga SKBM merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak samada secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan Misi dan Visi Sekolah seterusnya menaikkan nama baik sekolah di peringkat Kebangsaan.

Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan yang akan dilaksanakan pada masa akan datang ini akan memberi satu anjakan paradigma kepada seluruh warga SKBM termasuk barisan kepimpinan, guru-guru, ibubapa dan murid-murid seluruhnya.

Akhir sekali, semoga usaha murni ini akan berterusan oleh generasi akan datang dan boleh sama - sama mencegah najis dadah yang semakin berleluasa di negara kita. Semoga ia juga mendapat manfaat kepada setiap peringkat umur warga SKBM.

Banteras Dadah !


Sekian.

Monday, October 1, 2012

Aktiviti PPDa - Lukisan Dinding

Selain dari menurunkan tandatangan untuk menunjukkan sokongan untuk membanteras dadah, AJK PPDa Sekolah Kebangsaan Batu Muda juga menjalankan aktiviti lukisan dinding atau "Mural" yang mana aktiviti mural ini sangat popular di sekolah terutamanya sekolah rendah.

Pelbagai kreativiti yang dihasilkan oleh warga SKBM yang berbakat.

 Lukisan Mural Dinding 'Say No To Drugs'

 Lukisan Mural Dinding Visi Pendidikan Pencegahan Dadah

 Permainan Dam Ular

 Lukisan Dinding yang boleh menguji  kecekapan pelajar

 Lukisan Dinding yang boleh menguji kepintaran pelajar

Bersama kita menjayakan "Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015" !

Tandatangan Menyokong 1Malaysia Banteras Dadah


Warga SKBM telah menurunkan tandatangan di atas kain rentang untuk membuktikan kepada Malaysia bahawa mereka amat menyokong kempen 1Malaysia membanteras dadah.

Tandatangan ini diperolehi dari seluruh warga SKBM yang bersatu hati dan bekerjasama dalam sama-sama untuk mencapai Visi dan Misi Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah Kebangsaan Batu Muda.

Wednesday, September 19, 2012

Aktiviti PPDa SK Batu Muda

Sudut PPDa - Hasil kerja tangan guru - guru SK Batu Muda





Guru - guru dan kakitangan SK Batu Muda telah sepakat dan bekerjasama untuk menyiapkan Sudut PPDa. 
Tujuan sudut ini adalah untuk memberi informasi kepada para pelajar mengenai dadah dan juga memberi kesedaran tentang bahaya dadah.

Di harap dengan usaha ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar sekaligus menepati matlamat dan Visi "Pendidikan Pencegahan Dadah".

Kenapa Saya Benci Dadah ?




1)  Kesan Kepada Penagih


  • Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
  • Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
  • Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam  khayalan.
  • Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
  • Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.


2)  Kesan Kepada Keluarga

  • Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
  • Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
  • Rumah tangga menjadi porak peranda.
  • Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
  • Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.

3)  Kesan Kepada Masyarakat
  • Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun
  • Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
  • Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

4) Kesan Kepada Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.


Tuesday, September 18, 2012

Cerita Tentang Dadah



Mengikut kepada wikipedia, Dadah bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit,
mengurangkan simpton atau mengubahsuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan - tujuan tertentu.
Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.


Apa itu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) ?


Visi

Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015


Misi

Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah
( PPDa )
yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.


Matlamat

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah.


Pendidikan Pencegahan Dadah adalah untuk:

  1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran Pendidikan   Pencegahan Dadah murid supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
  2. Membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dan segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
  3. Membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
  4. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
  5. Menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah.

Tentang SK BATU MUDA



Lencana SKBM